You are here: Home Tentang Kami

Tentang Kami

E-mail Print PDF

Kami menyediakan perkhidmatan mandi bunga bagi mereka yang ingin memiliki tubuh yang sihat serta menaikkan seri wajah. Konsep perkhidmatan kami adalah menyediakan mandi bunga terus ke rumah anda. Dan anda tidak perlu bersusah payah untuk datang ke tempat kami untuk mendapatkan perkhidmatan kami. Namun kami tiada masalah bagi pelanggan yang ingin datang ke tempat kami untuk mendapatkan perkhidmatan mandi bunga.

Dan setakat ini kami tiada tempat yang khusus untuk menjadi pusat semanbu menjalankan proses rawatan mandi bunga. Ini kerana dengan kaedah ini kami dapat menjimatkan kos seterusnya dapat mengenakan bayaran yang lebih murah kepada anda. Kepuasan anda adalah matlamat kami.

Kami ingin lari dari kepercayaan khurafat yang selalu dimomokkan orang dahulu kala berkenaan mandi bunga. Dengan menggunakan penjelasan berteraskan agama dan sains. Kami yakin kepercayaan lama sedikit sebanyak akan beransur-ansur hilang, dan kita semua akan mendapat manfaat dari mandi bunga ini.

Harapan kami, kepercayaan khrafat yang telah disematkan dalam minda kita selama ini dapat diubah menjadi kepercayaan yang lebih murni berteraskan Agama Islam. Dan Sains pun telah membuktikan yang bunga-bunga ini terdapat manfaat yang tersendiri. Kenapa Mandi bunga perlu ditinggalkan sedangkan kepercayaan kita terhadap mandi bunga yang salah itu sahaja yang perlu diperbetulkan.

 

Mandi Bunga Riyadah

Dengan sebaldi air mutlak yang dihimpun didalamnya 5 jenis bunga

Read more...

Mandi Bunga Seri Wajah

Air mandian sejuk yang telah terisi dengan khasiat bunga-bungaan

Read more...

Mandi Bunga Rawatan

Gabungan bahan-bahan seperti bunga-bungaan yang terpilih dan

Read more...