You are here: Home Cara Kami

Cara Kami

E-mail Print PDF

Ada dua kaedah yang anda boleh pilih:-

1. Kami datang ke tempat anda

Jikalau pilihan ini yang anda pilih, kami akan ke tempat anda dengan membawa bunga-bungaan, limau serta kelengkapan yang sesuai bagi menyediakan ramuan mandi bunga di tempat anda. Jika anda seorang wanita, diwajibkan ada bersama-sama dengan anda sekurang-kurangnya seorang mahram.

Kami hanya menyediakan ramuan mandi bunga dan proses mandian pula, anda akan lakukannya sendiri di rumah anda.

Jika rumah anda didalam kawasan perawat-perawat kami seperti di senarai ini >> Klik sini << anda tidak akan dikenakan sebarang kos pengangkutan, namun jika sebaliknya, anda akan dikenakan kos pengangkutan yang berpatutan bergantung kepada jarak antara rumah anda dengan kawasan perawat.

Oleh itu anda digalakkan melihat senarai perawat yang berdekatan dengan kawasan anda.

2. Anda Datang Ke tempat kami

Bagi pilihan ini, anda akan datang ke lokasi tempat kami bagi mendapatkan ramuan mandi bunga. Dan perlu diingat semasa datang ke tempat kami anda perlulah membawa baldi untuk diletakkan ramuan mandi bunga. Dan setelah ramuan disediakan anda akan pulang dan mandi di rumah anda.

Dan anda juga boleh datang ke mana-mana perawat yang berdekatan dengan kawasan anda. >> Klik sini << untuk melihat senarai perawat yang berdekatan dengan kawasan anda.

Maklumat tambahan

Setiap pelanggan kami memiliki masalah yang berbeza dan semestinya teknik pemilihan bunga bergantung kepada masalah yang anda hadapi. Dan keberkesanannya bukan sahaja dapat menyerikan wajah malahan sehingga kini pelbagai penyakit dapat dirawat dengan mandi bunga.

Bunga yang kami sediakan adalah bunga yang segar terdiri dari pelbagai bunga yang wangi seperti bunga ros dan banyak lagi.

Ingin mengenali kami dengan lebih lagi >> klik sini <<

Jika penerangan ini tidak cukup, hubungilah kami >> Klik Sini <<