You are here: Home Artikel Lain Peranan Kami

Peranan Semanbu Dalam Menaikkan Seri Wajah

E-mail Print PDF

Kami percaya kesempurnaan seri yang terpancar pada wajah seseorang adalah kesan daripada hal keadaan spiritual, emosi, mental dan fizikal yang baik. Seri Mandi Bunga atau Semanbu adalah perintis ke arah itu.
Orang tua-tua Melayu dahulu menilai kesihatan seseorang tidak berpandukan menilik kepada telapak tangan sebagaimana perbuatan masyarakat Cina tetapi mereka berpandukan melihat kepada wajah seseorang samada berseri atau tidak. Maka dari sinilah dikatakan bahawa orang yang berseri wajahnya adalah orang yang sihat luaran dan dalamannya. Seri pada wajah berkaitan dengan hal keadaan baik atau tidaknya spiritual, emosi, mental dan fizikal seseorang.


Spiritual yang baik akan memancarkan Seri Nur (cahaya pada wajah) kesan daripada amalan ketaqwaan seseorang itu terhadap Allah. Emosi yang baik akan memancarkan Seri Redup (ketenangan pada wajah) kesan daripada hati yang telah bersih daripada nafsu mazmumah. Mental yang baik akan memancarkan Seri Karisma (berkeyakinan pada wajah) kesan daripada merdekanya akal fikiran. Fizikal yang baik akan memancarkan Seri Wajah (kesegaran pada wajah) kesan daripada kesihatan tubuh yang salah satunya hasil daripada amalan mandi bunga. Himpunan keempat-empat elemen seri ini maka seseorang itu akan berwajah unggul. Sebenarnya bukanlah keunggulan wajah itu yang menjadi matlamat kita sebab keunggulan wajah itu hanya kesan daripada kesihatan luaran dan dalaman maka dengan itu peliharalah kesihatan spiritual, emosi, mental dan fizikal.


Seri Mandi Bunga atau Semanbu memainkan peranan terhadap fizikal dengan memperkenalkan amalan Mandi Bunga cara petua orang tua-tua sebagai alternatif tambahan bagi memulihkan kesihatan dan merangsang kecergasan yang kesannya dapat dilihat dengan seri yang terpancar pada wajah.