You are here: Home Pakej Kami Mandi Riyadah

Manfaat Mandi Bunga Riyadah

E-mail Print PDF

Harga : RM 95 / RM250

Bilangan Mandian : 1x / 3x

Bilangan Pertemuan : 1x / 3x

Dengan sebaldi air mutlak yang dihimpun didalamnya 5 jenis bunga-bungaan terpilih yang berbau wangi dan hirisan 5 biji limau nipis yang dicampur menurut petua orang tua-tua dan didoakan dengan doa khusus maka air mandian bunga telah siap untuk digunakan setelah ditapa.

Anda tidak perlu bersusah payah untuk mencari bunga-bunga, limau dan mempelajari ilmu-ilmu petua dan menghafal ayat-ayat doa untuk menyediakan bahan-bahan mandi bunga kerana kami akan terus ke rumah anda siap lengkap membawa segala keperluan mandi bunga. Anda hanya perlu menyediakan sebaldi air mutlak dirumah anda dan kami akan membawa bahan-bahan yang lain.

Kebiasaannya ketika mandi bunga, anda akan merasai sensasi air segar yang mengalir diseluruh tubuh anda dan untuk itu mandilah dengan memakai pakaian yang longgar dan curahlah air bunga dengan perlahan-l ahan bermula dari kepala. Biarkan kelopak-kelopak bunga melekat ditubuh anda sambil anda menghirup aroma harum dengan penuh perasaan. Senyumlah sambil memikirkan perkara yang baik-baik selama dalam proses mandian. Jangan lupa menggosok-gosokkan teras limau nipis di permukaan kulit yang berdaki dan berbau untuk menanggalkan daki dan bau itu. Selesai mandi jangan bersegera untuk mengelap badan sebaliknya biarlah air mandian bunga itu kering sendiri dibadan. Badan anda akan berbau harum, terasa segar dan selesa.

Amalkanlah mandi bunga ini sebaik-baiknya sebelum masuk tidur pada malam hari kerana dengan keseluruhan tubuh yang berbau harum pasti akan membuat pasangan anda berasa selesa disamping tertambat hatinya kepada anda dan anda akan mendapat tidur yang puas.

Jika anda ingin mengetahui bagaimana cara kami didalam menyediakan perkhidmatan mandi bunga ini silalah ke link berikut >> Klik Sini <<

 

Mandi Bunga Riyadah

Dengan sebaldi air mutlak yang dihimpun didalamnya 5 jenis bunga

Read more...

Mandi Bunga Seri Wajah

Air mandian sejuk yang telah terisi dengan khasiat bunga-bungaan

Read more...

Mandi Bunga Rawatan

Gabungan bahan-bahan seperti bunga-bungaan yang terpilih dan

Read more...