You are here: Home

Kursus Sehari Segudang Ilmu

E-mail Print PDF

Kami mengalu-alukan kepada sesiapa yang ingin turut serta bersama kami menjadi ahli SeManBu sekaligus menjadi wakil kami ditempat anda dengan mendapat pendapatan yang lumayan jika mengikut sistem kami atau bagi sesiapa yang tidak mahu menjadi ahli namun berminat, anda juga dialu-alukan untuk mewarisi ilmu dan petua SeManBu untuk kegunaan anda sendiri tanpa terikat dengan SeManBu.


KURSUS MANDI BUNGA RIYADAH DAN SERI WAJAH


RM150 – ahli
RM250 – hakmilik


Anda akan diajar cara-cara menyediakan sebekas mandian bunga untuk manfaat kesihatan fizikal dari awal hingga akhir dengan kaedah petua yang bersulam huraian ilmu. Anda juga akan diijazahkan cara-cara scan untuk mengenalpasti samada orang yang bakal anda mandikan itu terdapat gangguan jin atau sihir padanya.


KURSUS MANDI BUNGA RAWATAN + RIYADAH + SERI WAJAH


RM300 – ahli
RM550 – hakmilik


Pertama, anda akan diajar segala petua dan ilmu yang terkandung dalam Kursus Mandi Bunga Riyadah dan Seri Wajah dan kedua, anda akan diajar cara-cara menyediakan sebekas mandian untuk manfaat individu yang mengalami gangguan jin dan sihir yang diberi nama Mandi Bunga Rawatan. Dan yang paling utama, sebagai persediaan untuk menjadi seorang perawat yang bakal berdepan dengan tipu daya jin dan sihir maka Daya Rohani anda akan di’kejut’kan atau di’bangkit’kan terlebih dahulu agar ia kembali sedar sebelum anda berdaya untuk berhadapan dengan karenah bangsa jin dan ilmu sihir Tukang Sihir. Setelah Daya Rohani anda ‘sedar’, anda akan diajar untuk memanfaatkannya.

**Segala keperluan seperti bunga-bungaan, limau nipis dan air akan kami sediakan semasa kursus. Anda cuma diminta membawa Tupperware yang berpenutup rapat bersaiz sederhana besar. Tujuannya adalah untuk anda bawa pulang air bunga untuk anda mandi dirumah. Anda juga diminta membawa pisau sendiri untuk tujuan pemotongan limau.

 


Perhatian :-

Buat Masa ini kami masih lagi menutup pendaftaran ahli baru. Sebarang permohonan akan kami masukkan didalam senarai menunggu. InsyaAllah jika pendaftaran baru dibuka kami akan hubungi anda yang berminat untuk bersama-sama dengan kami menyediakan perkhidmatan ini. harap maklum.